Monday, October 4, 2010

Informasi Mengenai Siber

Dalam mengharungi dunia alaf baru ini, masyarakat sememangnya tidak akan lari dari arus kemodenan teknologi. Salah satu teknologi yang mungkin tidak asing lagi adalah internet. Internet merupakan sumber akses yang mudah untuk mendapatkan maklumat dengan adanya polisi dunia tanpa sempadan. Bak kata pepatah segala maklumat umpama dihujung jari sahaja. Segala-galanya boleh dicapai melalui internet.

Sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia telah melangkah masuk ke alam internet atau lebih dikenali sebagai alam siber melalui dua pendekatan. Pendekatan tersebut ialah melalui ‘hard-infrastructure’ dan ‘soft-infrasructure’. ‘Hard-infrasructure ini adalah bermaksud membina infrastruktur dengan mewujudkan kawasan fizikal untuk pembangunan ICT termasuk membina komunikasi berkelajuan tinggi. ‘Soft-infrasructure’ pula bermaksud mewujudkan undang-undang yang berhubungkait dengan ICT tersebut.

Pembukaan kafe siber kerap dikaitkan dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat sekarang. Konsep asal pembukaan kafe siber adalah pembukaan kafe siber adalah murni bagi membolehkan orang ramai yang tidak mempunyai komputer peribadi dirumah ke premis itu bagi mendapatkan maklumat melalui Internet.
Atas alasan sebagai pusat menimba ilmu ICT dan tidak mahu rakyat ketingalan dalam arus dunia siber, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meluluskan pembukaan kafe siber dengan syarat tertentu.
Bagaimanapun, kehadiran mendadak kafe siber bagi memenuhi hasrat murni itu menyebabkan kerajaan tidak “sempat” menggubal atau mengadakan peraturan khusus mengenai kafe siber.
Perkara ini mungkin di sebabkan kafe siber perkara baru dan memerlukan penelitian rapi dalam menyediakan peraturan mengenainya.
Ketiadaan peraturan khusus pengendalian kafe siber menumbulkan banyak persoalan, termasuk fungsi premis, kegiatan yang boleh dijalankan dan tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan premis itu.

Namun, terdapat undang-undang siber yang menerangkan mengenai isu-isu undang-undang berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat antara rangkaian. Ia merupakan bidang undang-undang yang kurang ketara berbanding hartanah dan kontrak, disebabkan ia adalah satu domain yang merangkumi banyak kawasan undang-undang dan regulasi. Sesetengah topik penting mengenai undang-undang siber adalah hak cipta, privasi, kebebasan bersuara dan bidang kuasa.

No comments:

Post a Comment