Monday, October 4, 2010

Peranan dan Fungsi My CERT


MyCERT merupakan salah satu agensi di bawah Cyber Security Malaysia yang banyak memainkan peranan penting khususnya dalam memastikan keselamatan penggunaan komputer serta penggunaan internet di negara ini. Ditubuhkan pada 13 Januari 1997 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Mac 1997. MyCERT adalah pusat rujukan rujukan untuk komuniti internet di negara ini dalam menghadapi insiden keselamatan komputer dan cara pencegahan.

Pada dasarnya, MyCERT bekerja sama dengan badan-badan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Securities Commission dan Bank Negara Malaysia. MyCERT juga mempunyai kerjasama erat dengan Internet Service Provider (ISP) dan lain-lain CERT (Computer Emergency Response Team) serta Computer Security Incident Response Teams (CSIRT).

Misi utama MyCERT adalah untuk mengatasi sebarang masalah yang berkaitan dengan keselamatan komputer pengguna internet di Malaysia. Manakal visi yang ditetapkan pula adalah untuk mengurangkan kemungkinan serangan yang berjaya dan menurunkan risiko kerosakan akibat.

Mengenai peranan MyCERT ini, apabila ada pengguna melaporkan kejadian atau tindakan merosakkan laman web tertentu, tindakan segera akan mereka ambil. Contohnya,Pihak MyCERT akan menghubungi pihak hoster dan meminta agar akaun digantung sementara setelah mereka mengesan gangguan/kerosakan telah dilakukan ke laman web yang telah dibangunkan. Tindakan tersebut boleh mengelakkan laman web/blog kita dirosakkan dengan lebih teruk.

No comments:

Post a Comment