Monday, October 4, 2010

Keselamatan ICT

Kemunculan internet sebagai medium komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana itu, tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber. Orang ramai boleh memperoleh pelbagai maklumat sama ada yang berbentuk idea, propaganda, pornografi dan sebagainya yang disebarkan menerusi internet. Kebebasan yang tiada batasnya dalam dunia siber menyebabkan aspek keselamatan seperti serangan siber dan sistem data maklumat negara boleh terancam. Negara kita juga tidak terkecuali dan terpaksa berhadapan dengan ancaman siber ini. Justeru, MCSA telah ditubuhkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang berfungsi sebagai pusat keselamatan siber di Malaysia.

Malaysian Cyber Security Agency (MCSA) telah ditubuhkan pada tahun 2006 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang berfungsi sebagai Pusat Keselamatan Siber di Malaysia. Perkhidmatan yang disediakan oleh MCSA ialah berkaitan tindak balas kecemasan siber, penyelidikan terhadap ancaman siber, pemantauan pematuhan dasar, pengurusan keselamatan dan amalan terbaik, latihan dan outreach serta jaminan keselamatan siber. Wujudnya pelbagai laman web berbentuk hasutan dan lucah boleh memberi implikasi buruk kepada Negara. Oleh itu, kita perlu sentiasa peka dengan isu keselamatan siber kerana penggunaan internet telah menjadi gaya hidup masyarakat kini.

Contoh-contoh Laman Web yang Mengancam Keselamatan Negara dan Ketenteraman Awam yang dihoskan di Amerika Syarikat ialah :

• http://members.cox.net/terroristhunters

• http://www.malaysiasucks.com/Malaysia_Sucks.html

Contoh-contoh Laman Web Berunsur Hasutan

• http://malaysia-today.net
Dihoskan di Singapura tetapi pemilik adalah rakyat Malaysia.
o Isu laporan ASLI berkenaan Dasar Ekonomi Baru.
o Perhimpunan Agung UMNO 2006.
o Kes kematian Rayapan Anthony.
o Isu perdebatan anti-hadis.
o Isu Dasar Ekonomi Baru.
o Pameran Kegemilangan Sains dan Tamadun Islam.

• http://jameswongwingon-online.blogspot.com/
Dihoskan di Amerika Syarikat tetapi pemilik adalah rakyat Malaysia.
o Menyokong pergerakan Komunisme di Malaysia.

Oleh yang demikian, kekebalan sistem pertahanan negara bukan sahaja perlu dilihat daripada sudut ketenteraan, malah negara juga perlu sentiasa bersiap sedia untuk menangkis sebarang serangan siber. Aspek keselamatan siber ini amat penting dititikberatkan kerana dalam dunia tanpa sempadan, sebarang ancaman dan serangan terhadap negara boleh dilakukan beribu-ribu batu jauhnya. Oleh kerana itu, masyarakat hendaklah sentiasa peka dengan isu keselamatan siber kerana penggunaan internet kini telah menjadi sebahagian gaya hidup dan keperluan dalam mencari maklumat dan melakukan tugasan harian.

No comments:

Post a Comment